Showing posts with label Cielo Noche. Show all posts

MyPauPanazCrew: Ezreeah; The first M09T to fly away



Aku rasa korng sme msti kenal ngan Makcik kat atas ni, iaitu Juara Makan 09/11 M09t , Ezreeah bt Mustapha ( Sori kalau salah eja ) dan tepat pada pkul 11 lbh smlm beliau telah menjadi wakil M09t pertama yg berlepas ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Saudari Ezreeah akan melanjutkan pelajaran ke University College Dublin,Ireland selama 5 tahun dan harap2 dpt kembali dgn segulung ijazah. So itu je aku nak tulis .. Harap2 dgn penerbangan wakil pertama M09t@Pau Panaz ini akan mengembangkan lagi network kite di serata dunia .

Kepada Juara Mkan kita, tingkatkan usaha dan semoga cepat bertambah berat badan .. Selamat Maju Jaya, Jgn lupe kitorng kt sini .. :) ..

p/s: Kt bawah ni aku ltk gamba2 yg berjaya aku ambil di pelepasan Pelajar Kmb ke Ireland
semalam ( skit jela pn )




Ucapan Kakiku di Oversea KamiBudakIt


So bersempena musim students2 yg akan fly ni kan .. aku rasa ramai yg nak crite pengalaman korng pertama kali menjejakkan kaki kat negara orng ni kan .. Sooo .. Bg sesapa yg rasa ingin share .. korng bolela ..

Snap gamba korng (sorang atau beramai2) ble korng jejak kaki kt negara tmpat belajar masing2 tu .. dlm posisi yg sopan dan ble da ada internet emelkan kat emel ni - cielonoche@gmail.com beserta apa2 ucapan, luahan perasaan ke korng terharu ke smpai kat luar negara tu kan yg korng nak share ngan kawan2 yg kat sini .. Bukan nak menunjuk ke pe, sekadar berkongsi pengalaman di sana .. :) .. Harap2 bende ni dpt membakar semangat sme mmber2 kite diluar dan didalam negara tuk belajar dgn lebih tekun dan rajinn ..

Jd sesiapa yg sudi tu silalah anta gamba korang eh .. jgn la size besar2 sgt nnt susah lak nak attachnye .. klau xde sapa yg nak anta aku ltk la gamba aku sndiri t .. :P

Haa .. jgn lupe ltk nama korng dgn Universiti skali dlm tu so baru la tau kan universiti pe kan .. klau x mau ssh gak nk cari lg universiti ape korng g tu ..

Ucapan Hari Raya Pau Panaz Production


Bersempena Hari Raya yang da nak dekat ni kan .. aku mewakili Crew2 dan makhluk2 Pau Panaz Production@M09T ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam yg membaca blog ni ataupun x ... Maaf dari hujung ke hujung, zahir dan batin .. Jadi harap2nye sume pose penuhla .. Kalau ada kurng sana sini tu harapla diganti eh .. Dan kepada sahabat2 yg akan merantau ke luar negara diharap dapat menyesuaikan diri di negara orng nnt .. Jgn buat pelak kat sana lak .. dan kepada yg berada di Malaysia .. jgn gundah gulana .. mgkn rezeki anda ada di sini ..

Jadi disini gak aku ltkkan satu video yg dibuat oleh krew PPP untuk sambutan Hari Raya di KMB pada tahun lepas .. Diharap layannn ... :)



MyLaptopReview: Dell Inspiron 14r

Mlm ni aku nak review satu lagi model laptop dr Dell iaitu model Inspiron 14r. Okay byk review model Dell tp aku rasa model2 Dell agak best la gak tp nnt ada la gak review model2 lain.












The Spec


So first thing yg aku rasa lain dr yg lain pada laptop ni adalah pada cover laptop ni yg berbeza dari laptop2 yg lain, laptop ni mempunyai switchable cover yg membolehkan korang tuka cover laptop ni semudah menukar wallpaper laptop korng. Tp on the downside is the cover needs to be purchased separatedly and x ada skali dgn pembelian laptop ni. Namun demikian, klau korang beli wktu raya ni korng insyaallah akan dpt cover yg free! :D.

So seperti laptop2 yg ada masa kini laptop ini didatangkan dengan processor intel i3 dan bole diupgradekan kepada processor i7 dan last time aku check the model with the i7 processor cost a little bit over Rm3000 so bg sapa yg ada duit lbh bolela amik model I7 tu tp bg aku processor Intel i5 da mencukupi untuk memenuhi keperluan kita.

Walapun sedikit berat pada 2.5Kg, tp aku rasa itu x memberi masalah pada kebanyakan orang kecuali bg mereka yg prefer model2 yg lebih kecik. Dengan screen 14 inci dgn HD WLED display aku rasa mencukupi untuk enjoy movie2 HD dan bg aku screen 14 inci ni xla terlalu besar atau terlalu kecik untuk layan movie ni. Mengikut model, laptop ni gak aku rasa mempunyai capacity memory yg tinggi iaitu pada model processor i5 da ada 640Gb memori dan aku rasa itu lebh besar skit dr kebanyakan laptop yg ada processor i5 yg selalunya ada 500Gb memori.

Bg gamers pun x perlu risau sbb laptop ni didatangi dengan 1Gb AMD Radeon HD 6630M memory card yg aku rasa akan memenuhi kebanyakan keperluan gaming korng. Digandingkan dgn screen 14 inci laptop ni adalah sesuai untuk korang layan game dari pagi smpai malam.

Keyboard laptop ni jugak selese untuk digunakan dan walaupun x menggunakan design island keyboard dimana setiap key laptop ini dijarakkan antara satu sama lain, keyboard laptop ini telah disesuaikan untuk penggunaan yg berterusan oleh pengguna. Namun yg sedikit xbestnye pada laptop ni adalah battery life yg x berapa nak lama, around 3 hours camtu tp dengan sedikit penambahan bajet bolela dinaiktarafkan kepada battery yg lbh elok.

All in all aku rasa Dell Inspiron ni adalah satu laptop yg sesuai bg mereka yg mencari laptop yg bersaiz sederhana tetapi mempunyai capabilities seperti laptop yg bersaiz lebih besar. Aku bg laptop ni 7/10. For more information korng bole klik SINI.

MyYoutubeChannel: James@War

Harini aku nak perkenalkan satu lagi YouTube Channel iaitu James@War. Berbeza dgn Channel sebelum ni yg merupakan gabungan ramai2 orang channel ini memfokuskan kepada sorang mamat yg bernama James ni yg lbh kepada genre lagu2 parody. Bykla lagu parody yg mamat ni buat and most of them is creative and hillarious.

Amat sesuaila bg korng yg nak dgn lagu2 yg berbeza sedikit dr lagu yg kte salu dgr kat radio tu. And bagi sesapa yg x tau what is a parody song, basicly lagu ni macam a different take of original song from the original singer yg selalunya diubah lirik tp mengekalkan rima lagu yg sama.

Bg sesapa yg berminat nak tgk Channel James@War ni bolela klik SINI.

Kt bwh ni pulak korng bole usha some of his songs. Next time aku akan perkenalkan lak channel dr dlm negara lak. so tgguuuu .. :)










MyYoutubeChannel: College Humor

So mlm ni aku nak buat satu Post title yg baru iaitu My Youtube Channel. Basicly dlm ni aku akan promote Youtube2 channel yg aku rasa syok dilayan dikala duka lara dan keboringan. X tertakluk hanya kepada channel local tetapi channel international gak. So for this first post aku akan perkenalkan COLLEGE HUMOR as my first youtube channel post.


"CollegeHumor's exclusive original videos. We're based in New York City, and we write, shoot and sometimes act in the comedy sketches you see here. Hope you like them!"

So ini adalah apa yg dorng tulis dalam channel dorng ni. Aku da lama gak a follow dorang ni and basicly what they done is made parody videos, funny sketches, and webisodes yg mostly centered on comedies. So for people yg in need for a good laugh aku mengalu2kan korang untuk suscribe kepada channel ni. For more details korang boleh usha channel dorang kat SINI. Korang gak boleh follow dorang kt Facebook DISINI.

Dibawah ni korang bole usha video2 dorang yg aku rasa antara yg best dlm channel dorang ni .. Tetapi sbb dorang disable embedding so korang klik jela kt bwh ni ..

College Humor: Minesweeper trailer


College Humor: Matrix runs on windows xp


College Humor: Facebook OFF

Hope you guys enjoy the channel .. :)


MyLaptopReview: Lenovo Ideapad S10-3

So mlm ni ada orng mntak aku reviewkan netbook. Klau bagi sapa yg mgkn pernah dgr term netbook ni tp xtau pebende dipersilakan google sendirik eh. Xpelah aku crite skit. Nak bagi senang cerita netbook ni adalah laptop kecik2 yg selalu dipakai oleh kaum2 wanita sbb senang nak carry dan masuk dlm bag mereka masing2. Selain tu gak, apa yg membezakan netbook dan laptop selalunya adalah netbook ni xde built in optical drive or dlm kata senangnye xde tmpat nak cucuk CD ke DVD dlm ni. Kali ni aku akan review netbook dr brand Lenovo iaitu Lenovo IdeaPad s10-3.

The Spec

First thing first, netbook adalah sejenis laptop yg direka bukan untuk user yg hardcore seperti gamers atau media junkie@keje designing or something like that so this netbook are more preferrable for people yg byk buat kerje menaip or for office use la mainly tp don't worry, this Ideapad Model has some kicks in it yg membolehkan korng still tgk movie and main basic games yg x terlalu demanding.

One thing yg sgt dipuji pada netbook ni adalah keyboard die yg amat selese untuk digunakan. Dengan island design (separated keys) untuk mengelakkan typo, model ini jugak ada sedikit perbezaan pada keyboard iaitu pada bhgn atas setiap key dlm keyboard ini berbentuk rata manakala bhgn bawah sedikit melengkung untuk mengoptimasikan keselesaan pada pengguna. Namun begitu, walaupun keyboard netbook ini kedengaran amat selese, berbeza pulak ngan touchpad die yg kurng responsive dan kurng sensitive pada pengguna. Walaubagaimanapun klau korng sme ada mouse masalah ni akan diselesaikan dengan mudah.

Dengan screen 10.1 inci dan berat 1.3kg, mmg netbook ni sgt ringan berbanding sebiji laptop dan antara yang teringan dalam kalangan netbook2 yg lain. Design netbook ini juga boleh dikatakan sedap mata memandang tanpa hinge yg besar2 dihujung badan netbook ini dan batterynya juga diletakkan dgn sesuai pada bhgn belakang laptop ni. Battery netbook ini juga boleh bertahan selama lebih 6jam dengan penggunaan optimum jadi bg kite yg nak mengheret netbook ni kesana kemari amatlah digalakkan sebab battery die bole pakai lama sebelum perlu dicharge semula.

Satu bende yg kurng best dkt netbook ni adalah kalau gune lama sgt bhgn bawah akan menjadi panas dan mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan jika diletak pada bhgn peha jadi saya menasihati bakal pembeli laptop ini untuk membeli netbook fan yg boleh dialas pada bhgn bawah laptop ini untuk mengurangkan kepanasan.

Netbook ini didatangkan dgn pilihan warna hitam atau merah dan seperti mana yg anda semua tahu netbook ini tidak didatangkan dengan sebarang optical drive tp bole je klau nak beli external optical drive dan ini x menjadi satu masalah kepada anda.

All in all, aku bg netbook ni 6/10. Design yg menarik dan mempunyai keupayaan yg melebihi harga yg ditawarkan netbook ni akan memudahkan tugas bg mereka yg perlu satu netbook yg ringan dan selesa untuk digunakan. Untuk maklumat lanjut korng boleh klik SINI.

MyLaptopReview: Dell Vostro 3350

Okay kali ni aku nak review satu model laptop dari Dell yg aku rasa ramai daripada kita kenal dgn model ini yg disinonimkan dgn sahabat kita iaitu saudara Qasim iaitu Dell Vostro specifically today Dell Vostro 3350. On the surface laptop model Vostro terkenal dgn style flip die yg agak berbeza dgn laptop2 lain iaitu die mcm ada extra portion kt blakang hinge laptop die tu berbanding laptop lain yg flip hinge die kat hujung body laptop tu.


The Spec

On my first look aku mmg tertarik dgn warna yg ditawarkan dgn model ini iaitu terdapat 3 pilihan iaitu Lucerne Red, Brisbane Bronze and Aberdeen Silver tetapi warna untuk laptop ini mgkn berbeza mengikut kawasan atau kedai yg anda pergi. Selain warna yg menarik, laptop ini juga mempunyai saiz screen 13.3 inci yg aku rasa sesuai untuk mereka yg x minat screen2 besa ni. Ditambah pulak dgn berat laptop ini yg cuma lbh kurang 2.2Kg menjadikan Dell Vostro ini satu model yg mobile dan boleh dibawak kesana kemari tanpa byk msalah.

Laptop ini juga didatangkan dgn pilihan antara processor i3 ataupun i5 dan aku mmg mengesyorkan anda semua yg berminat untuk memilih processor i5 yg mempunyai kuasa yg lbh tinggi da sesuai untuk pelajar seperti kita ni. Dengan RAM yg bole diupgrade sehingga 6gb aku rasa amatlah sesuai diupgrade kepada maximum supaya anda bole menikmati laptop ini dgn lebih baik tanpa ada lag antara penggunaan software2 yg berbeza.

Bg para gamers pulak, jgn risau, walaupun laptop ni tidaklah mempunyai graphic card yg high-end tetapi mencukupi untuk memainkan game2 yg kurng hardcore dan tidak memerlukan graphic yg tinggi dengan graphic card 512MB AMD Radeon HD 6490M GDDR5. Namun bagi para gamers yg meminati laptop dgn graphic card dgn kebolehan yg lbh tinggi mgkn model ini bukan untuk anda.

Bg mereka yg pernah melihat model2 Vostro sebelum ini, mgkn korng tahu bhwa kebanyakan model vostro x didatangkan dgn optical drive atau kata lainya, xleh sumbat cd dlm laptop ni. Namun begitu, bergembiralah anda kerana model Vostro 3350 ini didatangkan dgn tray-load DVD writer and reader yg membolehkan anda memainkan movie2 kegemaran anda.

Antara feature lain model ini ialah battery yg boleh bertahan sehingga melebihi 8 jam cmtu dgn penggunaan sederhana namun the down side of this is the battery is bulky and korng kene tambah duit lagi skit untuk upgrade basic battery korng kepada model 8cell ni yang mampu bertahan lebih lama.

Keyboard laptop ini juga menggunakan separated design iaitu setiap key dijarakkan antara satu sama lain dan boleh mengurangkan typo bg mereka yg selalu typo. Terdapat juga backlight bg keyboard laptop ini tetapi hanya spec tertentu sahaja yg mengandungi feature ini dan feature ini xleh dipilih secara online di laptop dell ni. Lbh kurng klau nasib bek pilih2 model dptla yg ada backlight ni .

Sound wise laptop ni agak kurang dan sound quality mgkn akan terabur ble dipasang pada maximum level tp klau korang ada headphone yg sesuai atau xpasang kuat2 sgt bende ni xkn jadi masalh kt korng.

All in all aku rasa laptop ni adalah sesuai bg mereka yg mementingkan mobility dan x terlalu focus on entertainment. Design laptop ini bg aku sgt menarik dan warna yg ditawarkan pn mampu menarik perhatian ramai orang.Dengan harga asas sebanyk RM2209.00 model ini mempunyai performance yang cukup dgn bajet harga yg ditawarkan. Aku bg model Dell Vostro 3350 ni 6/10. Untuk maklumat lanjut korng boleh klik SINI.

MyLaptopReview: Asus U36 Ultra-Portable Laptop

Okay malam ni aku nak review satu lagi laptop kali ni dari Syarikat Asus plak. Aku rasa korng msti tau yg Asus ni mule2 terkenal ngan model2 yg kecik kemetot dan laptop ni x terkecuali. Dengan ketebalan just 19mm mmg laptop ni nipis berbanding laptop2 lain yg ada dipasaran. Tp jgn anggap nipis2 xpower. Bak kata pepatah kecik2 cili padi camtu, model U36 ni merupakan antara laptop yg mempunyai performance level yang agak tinggi.







The Specs

Selain mempunyai kenipisan yg sgt tipis iaitu 19 mm, laptop ni gak hanya seberat 1.6kg yg pada aku mgkn agak berat bg laptop kecik2 ni tp xla smpai membebankan sbb ringan gak la sebnarnye 1.6kg tu. Dgn screen sebesar 13.3inci mgkn bukan untuk mereka nak laptop yg mempunyai screen besar. Walaubagaimanapun, laptop ni ditampilkan ngan screen HD yg mempunyai display yg menarik dan mampu memainkan movie2 HD.

Design laptop ni bg aku rasa sgt menarik sbb the lid finish of this laptop is so beautiful and it is resistant to fingerprint and smudges so xla nmpak kotor or comot sana sini laptop ni.

Mgkn ada yg rasa laptop sekecik ni xle perform ble nak gne kesana kemari. Laptop ni mempunyai intel processor i3 dan boleh diupgrade kepada i5. Bg yg nak laptop dgn processor lebih dari itu seperti intel processor i7, mgkn laptop ini bukan untuk anda. Bg untuk gamers lak, laptop ini ada 1gb graphic card NVIDIA® GeForce® 310M yg aku rasa mencukupi untuk main game2 standard yg x memerlukan graphic yg terlalu tinggi. Untuk gamers yg bercitarasa besar mgkn anda perlukan laptop dgn graphic capabilities yg lbh tinggi.

Satu perkara yg mgkn kureng sdikit pada laptop ni adalah some keys on the keyboard adalah lbh kcil dari biasa and mgkn akan memberi masalah kepada mereka yg ada jari2 yg besar. Selain itu gak ada sedikit masalah dgn sensitivity of some keys jd bg sesiapa yg berminat untuk membeli model ini silalah interview dlu laptop ini secara face to face sebelum beli atau kata lain "TEST LA DLU BRO"

Antara perkara lain yg diclaim oleh Asus ialah battery laptop ni boleh bertahan sampai 10 jam. WOW! Mantap gak tu. Tp melihat kepada beberapa test yg dibuat mgkn agak sukar nak bertahan sampai ke 10 jam tu sbb kalau duk bantai main game non-stop sme msti die penat gak. Namun begitu, jgn risau sbb laptop ni bole insyaallah mencapai lebih dr 5 jam mcm tu walau dibantai men non-stop.

Antara feature lain yg aku rasa menarik pada laptop ni adalah die mempunyai fingerprint scanner yg aku rasa agak jarang kite nampak pada laptop kecik2 cmni. Ini membolehkan korang x perlu taip password klau nak login kt acc korng .. just swipe je .. dan ini gak bole bg extra security kat laptop korng in terms of xde nyer orng bole cilok fingerprint korng tu.

Heat wise, laptop ni ada sedikit masalah kepanasan klau korng ltk atas lap korng ke tp masalah ni mudah diselesaikan klau korang beli kipas tuk sejukkan laptop ni klau korng xnk peha panggang a. Selain tu gak laptop ni mempunyai 0.3 mp webcam yg aku rasa mencukupi untuk korng skype kerumah dan berchat dgn rakan2.

Price wise aku rasa laptop ni mempunyai spec yang setanding dgn harga yang ditawarkan oleh pihak ASUS iaitu rm3,099.00 cmtu. Klau sesapa yg jumpe laptop ni dgn harga lebih murah bolehla bgtau aku so kte bole share ngan kawan2 kte. All in all aku bg laptop ni 7/10. Laptop ni adalah bagus untuk dibawak kesana kemari sbb die ringan tp mgkn bole improve on graphics and the keyboard keys. For more detail korng bole click SINI

MyLaptopReview: Dell Xps 1502x

Okay ini first laptop yang akan aku review. Dell Xps 1502x ataupun Dell Xps 15 Sandry bridge. The first thing yg menarik minat aku pada laptop ni adalah speaker die. Dgn speaker JBL and ada subwoofer gak mmg sound die sgt gempak. Macam pakai home theater tu and klau gune tuk tgk movie mmg best gle a.






The specs


Model yang aku ada ni adalah basic model dgn processor intel i5 yang pada pendapat aku da mencukupi tuk laptop pelajar ni and bole buat tuk men game gak. Tp bg sesapa yg nak bole upgrade jd processor i7 dgn sedikit penambahan harga. Berbekalkan 4gb ram dan bole diupgrade sehingga 8gb mmg mengurangkan kadar tuk laptop ni lag and memudahkan nak buat multitasking dan 500gb secondary memory mmg muat sgtla klau kte nak ltk movie2 sme tu. Berbekalkan optical Dvd reader and writer ataupun bole diupgrade kepada blueray disc reader yang boleh memainkan DVD2 yang high definition.

Screen laptop ni pulak agak besar, 15.6 inci tp bg aku saiz screen yg besar dan sesuai untuk gamers and moviers mcm aku ni. Screen laptop ini juga menyokong HD video dgn teknologi truelife and aku bole ckp mmg puas hati tgk screen display die.

Keyboard bg laptop ni aku rasa sgt menarik sbb die direka mcm style Mac Book with separated keys and stiap key die gak berbetruk chiclet yg stiap key tu mcm kedalam skit so selesa untuk menaip.

Graphic card wise adalah sesuai untuk most game nowadays dan bole memainkan game2 yg memrlukan graphic yg x terlalu tinggi dgn 2gb graphic memory mmg sesuai untuk gamers2 yg ada ni. Selain itu jgak, laptop ni mempunyai teknologi Optimus iaitu kalau korang main game yg memerlukan graphic tinggi die akan gne graphic card 2gb tu tp ble xpakai graphic die akan automatically switch to a simple intel HD graphic so xstrain your laptop.

Selain tu gak, laptop ni klau korang sambungkan kt 3D tv die bole main 3d movie and ni better klau korang upgrade jd blueray disc tu. Laptop ni gak ada HD webcam yg certified use for skype HD so bolela skype uma nnt dgn terang benderang. :)

Tp yg kurng best skit adalah bg yg x biasa ngan laptop besa ni mgkn akan rasa kekok skit sbb laptop ni mmg agak besar and agak berat. Dlm 3kg cmtu. Dan laptop ni gak a bit more bulky dr laptop biasa tp aku rasa design die menarik dan xla menganggu sgt. Laptop ni ada 3 usb port, 2 usb 2.0 dan 1 usb 3.0 gak.
Dgn bli laptop ni gak korang akan dpt a free Belkin EVo backpack yg aku rasa sgt cantik and selese untuk dipakai berharga RM100++ klau dibeli sendiri.

One of the downside laptop ni adalah battery die. The basic battery is a 6-cell battery yg x tahan lama sgt klau main game or tgk movie mcm tu, dlm 4 jam ke camtu. Tp laptop ni bole diupgrade battery die kepada 9 cell battery yg bole tahan lg lama dr 6 cell battery tu.

All in all aku rasa laptop ni sgt sesuai dgn harga yg ditawarkan dan mempunyai byk feature yg menarik. Aku bg 8/10 untuk laptop ni. For more detail korang bole klik kat sini.


Laptops: How to pick the best one for you .



Aku rasa sekarang ni ramai da start tgk2 jenis laptop yg sesuai untuk korang sbb mara da approve kte nyer pinjaman kan . Kt sini aku just nak crite skit tips2 mcm mana nak pilih laptop yg sesuai untuk kegunaan korng.







Design

Bagi aku design ni agak penting gak a. Bukan bemaksud just nak nampak cantik je laptop tu tp design ni gak bermaksud cmne keyboard layout die disusun and termasuk gak saiz screen laptop tu. Ada orang yg minat kecik2 13 inci camtu je , ada yang minat besar gabak nyer screen 15 inci lebih cam aku. Hehe. For keyboard design lak laptop skrng byk yg da start gne design separated (ala2 mcm mac nyer keyboard tu). Bg aku design keyboard yg mcm tu lbh selese nak digunakan and mengurangkan typo so aku would suggest korng cari laptop yg ada design keyboard camni a.



Keselesaan


Ini antara bnde paling penting la aku rasa klau nak pilih laptop ni. X kisah jenama apa korang pilih yang penting sebelum beli tu sebaiknya korang g kedai tu and test selese x pakai laptop tu sbb nnt korang akan pakai bende ni lama and akan jadi teman baik ko sepanjang korang belajar t. Tgk la macammana kesesuaian keyboard die dgn tgn korang, orang tgn kecik better cari yg keyboard kecik. Yang tgn besar2 tu carila yg besar jugak, klau nak yg kecik tu ikut kesesuaian la. Tgk jugak berat die mcmmana sbb korang akan membawak laptop ni kesana kemari t. Klau berat sgt x larat ada yg semput lak kang t. So pilih la yg ringan2 skit. Yg penting test how it feels when your typing, screen die so xla nnt skt mata lak screen besar sgt kan.

Specs

Specs ni klau bg yg x tau (tp aku rasa smua tau je) adalah capabilities laptop tu, apa power processor die, screen type die, graphic card die sme. Spec ni aku rasa bg korng yg nak pilih laptop msti tgk bnde ni dlu. For processor aku rasa yg i5 da mencukupi and laptop sekarang ni mostly da dimuatkan ngan processor i5 ni. Bg harddisk capacity lak aku rasa eloklah yg cari dalam 500Gb mcmtu, bkn pe sbb aku rasa mmg korng nak sumbat segala macam movie sme dlm tu t kan. Tp klau yg kecik pun xde masalah sbb korng bole je beli external harddisk kan. Satu lg spec yg aku rasa ptt diambil kira adalah saiz screen laptop tu sndiri nak yang besar ke kecik ke. Range die from 11 inci cmtu ke 17 inci yg besar tu. Bg yg rasa nak selesa main game and movies sme tu, 14 inci or 15 inci da best da korang nak layan movie tu. Bg graphic card pulak tgkla apa kegunaan laptop tu. Klau yg xmen game sgt tu xperlu la graphic card yg heavy sgt. Bg yg ske men game byk2 mcm aku ni sebaiknya carilah laptop yg ada graphic card dlm tu skali. :)

Harga

Bagi aku harga ni x menjadi masalah buat masa ni sbb MARA akan bg kite rm3000.00 bajet tuk bli laptop kan. So gunelah duit tu sebaiknya. Aku rasa seeloknya carilah yg dlm lingkungan rm2000.00 cmtu sbb MARA da bg rm3000.00 kan so pandai2 la eh .. :)

*tertakluk pada yg dpt sponsorship MARA . yg lain2 aku x tau cmne tp seeloknya carilah laptop yang bersesuaian dgn bajet anda semua.



Extras


Ni satu part yg aku rasa bonus la klau beli laptop ni. Certain laptop klau korang beli akan dpt bermacam extras cam beg laptopla, external harddisk la, and lain2 lg. Anggapla sme ni mcm bonus , xde xla terasa sgt tp klau ada tu best jgak la . Extras ni jugak termasuk warranty sme, and warranty ni kre pentingla sbb klau rosak ke apa laptop tu klau ada warranty x terasa sgtla wallet kte sme. Bg yg nak keluar negara aku rasa better klau bole cari international warranty so die akan cover skali klau pape jadi kat luar negara t. Mgkn korang jugak bole cari laptop yg ada battery life yang lama so bole korng gne laptop tu kesana kemari tanpa tarik wayar charger tu.




Aku harap apa yg aku tulis ni skit sebanyak dpt tolong korng memilih laptop yg terbaik bg korng. Klau ada pape nak aku tmbah bolela bg komen. Next time aku akan bagi review model2 laptop yg best tuk korng. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...