Showing posts with label Netbooks. Show all posts

Penjagaan Bateri



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Entry kali ni nk cerita sikit pasal penjagaan laptop. Fokus kali ini adalah pada bateri itu sendiri. Bateri merupakan satu komponen penting bagi sesebuah notebook mahupun netbook kerana bateri lah yg membuatkan laptop kita ni mobile. Kita sering terjumpa senario dimana pemilik laptop mengeluh dek jangka hayat baterinya yg tidak sampai satu jam bahkan wktu laptopnya mula dibeli dulu jangka hayatnya menjangkau lapan jam. Oleh itu, terpaksalah si pemilik laptop itu bergantung kepada power adapternya. Senario ini membawa masalah terutamanya pemilik laptop itu merupakan seorang student. Bagaimana semua ini berlaku?? Mari kita rungkai satu persatu permasalahan ini.

Kita harus sedar satu realiti bahawa prestasi bateri laptop wajib berkurang dengan masa walau setiptop mana pun penjagaan yg diberikan. Apa yg kita boleh lakukan adalah memperlahankan degenerasi prestasi bateri laptop tersebut.

Selepas membeli laptop
Anda dah dapat laptop baru. YEAY!! Penjagaan sudah bermula dari sini. Anda perlu full charged bateri laptop anda dan kemudian discharged bateri tersebut  sehingga paras 10% - 5% dengan menggunakan laptop tanpa power adapter. Buat beberapa pusingan, sebaiknya lima kali untuk mendapatkan bateri yang berfungsi dgn baik.

Selepas Penjagaan Awal
Kebanyakan laptop dipasaran menggunakan bateri lithium-ion. Satu kelemahan bateri lithium-ion adalah, bateri ini tidak boleh berada dalam keadaan fully charged terlalu lama. Jika dibiarkan sedemikian, prestasi bateri akan berkurang dengan pantas. Langkah yg perlu diambil untuk mengelakkan perkara ini berlaku adalah seperti berikut:

  1. Cabut power adapter setelah takat bateri mencapai 90%
  2. Fully recharged sekiranya situasi memerlukan bateri anda untuk full recharged contohnya seperti sebelum pergi ke kelas.

Pada tahap ini anda perlu untuk discharged bateri sepenuhnya sebaiknya sekurang-kurangnya sekali setiap 2 minggu. Bateri berasaskan lithium mempunyai ciri kimia yang tidak boleh di discharged sepenuhnya kerana lithium ion battery tidak mempunya 'memori' seperti bateri nickel cadmium. Oleh itu, elakkan daripada kerap fully discharged bateri laptop anda.

Laptop Sebagai Pengganti Desktop
Untuk tujuan ini, sebaiknya bateri diremove dari laptop dan pengguaan kuasa begantung sepenuhnya pada power adapter. Tetapi diingatkan supaya bateri yang diremove tidak fully recharged (rujuk perenggan sebelum ini). Bagi tujuan ini, elok jika bateri disimpan dengan kapasiti 50% kuasa. Guna bateri anda sekali sekala sebaiknya sekali sepanjang 2 minggu untuk mengelakkan bateri anda daripada merajuk. Ye, bateri merajuk susah nk pujuk.

Tidak Menggunakan Laptop dalam Masa yang Lama
Jika anda berniat untuk meninggalkan laptop buat masa yg lama (lebih dari tiga hari), tanggalkan bateri anda dari laptop dan pastikan bateri mempunyai kapasiti 40%-60% kuasa. Simpan bateri bawah pada suhu bilik ataupun simpan dalam refrigerator (Untuk pengabaian laptop lebih dari 1 bulan). Ye. Peti ais. Tapi pastikan dibalut dengan kain dan plastik untuk mengelakkan wap air menjahanamkan bateri anda. Tapi, jangan simpan dalam freezer pulak. Jika bateri ditinggalkan terpasang pada laptop buat masa yang lama, berkemungkinan bateri akan mengalami kebocoran/leakage dan mampu menjahanamkan circuit di dalam laptop. You don't want this to happen.

Saya rasa itu sahaja kot untuk penjagaan hayat bateri. Ada apa2 komen atau penambahan, sila tinggalkannya down below!! Sekian...

ASSALAMUALAIKUM!!

last updated by Amir Fikri, M09L : 03/09/11

MyLaptopReview: Lenovo Ideapad S10-3

So mlm ni ada orng mntak aku reviewkan netbook. Klau bagi sapa yg mgkn pernah dgr term netbook ni tp xtau pebende dipersilakan google sendirik eh. Xpelah aku crite skit. Nak bagi senang cerita netbook ni adalah laptop kecik2 yg selalu dipakai oleh kaum2 wanita sbb senang nak carry dan masuk dlm bag mereka masing2. Selain tu gak, apa yg membezakan netbook dan laptop selalunya adalah netbook ni xde built in optical drive or dlm kata senangnye xde tmpat nak cucuk CD ke DVD dlm ni. Kali ni aku akan review netbook dr brand Lenovo iaitu Lenovo IdeaPad s10-3.

The Spec

First thing first, netbook adalah sejenis laptop yg direka bukan untuk user yg hardcore seperti gamers atau media junkie@keje designing or something like that so this netbook are more preferrable for people yg byk buat kerje menaip or for office use la mainly tp don't worry, this Ideapad Model has some kicks in it yg membolehkan korng still tgk movie and main basic games yg x terlalu demanding.

One thing yg sgt dipuji pada netbook ni adalah keyboard die yg amat selese untuk digunakan. Dengan island design (separated keys) untuk mengelakkan typo, model ini jugak ada sedikit perbezaan pada keyboard iaitu pada bhgn atas setiap key dlm keyboard ini berbentuk rata manakala bhgn bawah sedikit melengkung untuk mengoptimasikan keselesaan pada pengguna. Namun begitu, walaupun keyboard netbook ini kedengaran amat selese, berbeza pulak ngan touchpad die yg kurng responsive dan kurng sensitive pada pengguna. Walaubagaimanapun klau korng sme ada mouse masalah ni akan diselesaikan dengan mudah.

Dengan screen 10.1 inci dan berat 1.3kg, mmg netbook ni sgt ringan berbanding sebiji laptop dan antara yang teringan dalam kalangan netbook2 yg lain. Design netbook ini juga boleh dikatakan sedap mata memandang tanpa hinge yg besar2 dihujung badan netbook ini dan batterynya juga diletakkan dgn sesuai pada bhgn belakang laptop ni. Battery netbook ini juga boleh bertahan selama lebih 6jam dengan penggunaan optimum jadi bg kite yg nak mengheret netbook ni kesana kemari amatlah digalakkan sebab battery die bole pakai lama sebelum perlu dicharge semula.

Satu bende yg kurng best dkt netbook ni adalah kalau gune lama sgt bhgn bawah akan menjadi panas dan mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan jika diletak pada bhgn peha jadi saya menasihati bakal pembeli laptop ini untuk membeli netbook fan yg boleh dialas pada bhgn bawah laptop ini untuk mengurangkan kepanasan.

Netbook ini didatangkan dgn pilihan warna hitam atau merah dan seperti mana yg anda semua tahu netbook ini tidak didatangkan dengan sebarang optical drive tp bole je klau nak beli external optical drive dan ini x menjadi satu masalah kepada anda.

All in all, aku bg netbook ni 6/10. Design yg menarik dan mempunyai keupayaan yg melebihi harga yg ditawarkan netbook ni akan memudahkan tugas bg mereka yg perlu satu netbook yg ringan dan selesa untuk digunakan. Untuk maklumat lanjut korng boleh klik SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...