Showing posts with label Tips. Show all posts

Penjagaan Bateri



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Entry kali ni nk cerita sikit pasal penjagaan laptop. Fokus kali ini adalah pada bateri itu sendiri. Bateri merupakan satu komponen penting bagi sesebuah notebook mahupun netbook kerana bateri lah yg membuatkan laptop kita ni mobile. Kita sering terjumpa senario dimana pemilik laptop mengeluh dek jangka hayat baterinya yg tidak sampai satu jam bahkan wktu laptopnya mula dibeli dulu jangka hayatnya menjangkau lapan jam. Oleh itu, terpaksalah si pemilik laptop itu bergantung kepada power adapternya. Senario ini membawa masalah terutamanya pemilik laptop itu merupakan seorang student. Bagaimana semua ini berlaku?? Mari kita rungkai satu persatu permasalahan ini.

Kita harus sedar satu realiti bahawa prestasi bateri laptop wajib berkurang dengan masa walau setiptop mana pun penjagaan yg diberikan. Apa yg kita boleh lakukan adalah memperlahankan degenerasi prestasi bateri laptop tersebut.

Selepas membeli laptop
Anda dah dapat laptop baru. YEAY!! Penjagaan sudah bermula dari sini. Anda perlu full charged bateri laptop anda dan kemudian discharged bateri tersebut  sehingga paras 10% - 5% dengan menggunakan laptop tanpa power adapter. Buat beberapa pusingan, sebaiknya lima kali untuk mendapatkan bateri yang berfungsi dgn baik.

Selepas Penjagaan Awal
Kebanyakan laptop dipasaran menggunakan bateri lithium-ion. Satu kelemahan bateri lithium-ion adalah, bateri ini tidak boleh berada dalam keadaan fully charged terlalu lama. Jika dibiarkan sedemikian, prestasi bateri akan berkurang dengan pantas. Langkah yg perlu diambil untuk mengelakkan perkara ini berlaku adalah seperti berikut:

  1. Cabut power adapter setelah takat bateri mencapai 90%
  2. Fully recharged sekiranya situasi memerlukan bateri anda untuk full recharged contohnya seperti sebelum pergi ke kelas.

Pada tahap ini anda perlu untuk discharged bateri sepenuhnya sebaiknya sekurang-kurangnya sekali setiap 2 minggu. Bateri berasaskan lithium mempunyai ciri kimia yang tidak boleh di discharged sepenuhnya kerana lithium ion battery tidak mempunya 'memori' seperti bateri nickel cadmium. Oleh itu, elakkan daripada kerap fully discharged bateri laptop anda.

Laptop Sebagai Pengganti Desktop
Untuk tujuan ini, sebaiknya bateri diremove dari laptop dan pengguaan kuasa begantung sepenuhnya pada power adapter. Tetapi diingatkan supaya bateri yang diremove tidak fully recharged (rujuk perenggan sebelum ini). Bagi tujuan ini, elok jika bateri disimpan dengan kapasiti 50% kuasa. Guna bateri anda sekali sekala sebaiknya sekali sepanjang 2 minggu untuk mengelakkan bateri anda daripada merajuk. Ye, bateri merajuk susah nk pujuk.

Tidak Menggunakan Laptop dalam Masa yang Lama
Jika anda berniat untuk meninggalkan laptop buat masa yg lama (lebih dari tiga hari), tanggalkan bateri anda dari laptop dan pastikan bateri mempunyai kapasiti 40%-60% kuasa. Simpan bateri bawah pada suhu bilik ataupun simpan dalam refrigerator (Untuk pengabaian laptop lebih dari 1 bulan). Ye. Peti ais. Tapi pastikan dibalut dengan kain dan plastik untuk mengelakkan wap air menjahanamkan bateri anda. Tapi, jangan simpan dalam freezer pulak. Jika bateri ditinggalkan terpasang pada laptop buat masa yang lama, berkemungkinan bateri akan mengalami kebocoran/leakage dan mampu menjahanamkan circuit di dalam laptop. You don't want this to happen.

Saya rasa itu sahaja kot untuk penjagaan hayat bateri. Ada apa2 komen atau penambahan, sila tinggalkannya down below!! Sekian...

ASSALAMUALAIKUM!!

last updated by Amir Fikri, M09L : 03/09/11

Laptops: How to pick the best one for you .



Aku rasa sekarang ni ramai da start tgk2 jenis laptop yg sesuai untuk korang sbb mara da approve kte nyer pinjaman kan . Kt sini aku just nak crite skit tips2 mcm mana nak pilih laptop yg sesuai untuk kegunaan korng.







Design

Bagi aku design ni agak penting gak a. Bukan bemaksud just nak nampak cantik je laptop tu tp design ni gak bermaksud cmne keyboard layout die disusun and termasuk gak saiz screen laptop tu. Ada orang yg minat kecik2 13 inci camtu je , ada yang minat besar gabak nyer screen 15 inci lebih cam aku. Hehe. For keyboard design lak laptop skrng byk yg da start gne design separated (ala2 mcm mac nyer keyboard tu). Bg aku design keyboard yg mcm tu lbh selese nak digunakan and mengurangkan typo so aku would suggest korng cari laptop yg ada design keyboard camni a.



Keselesaan


Ini antara bnde paling penting la aku rasa klau nak pilih laptop ni. X kisah jenama apa korang pilih yang penting sebelum beli tu sebaiknya korang g kedai tu and test selese x pakai laptop tu sbb nnt korang akan pakai bende ni lama and akan jadi teman baik ko sepanjang korang belajar t. Tgk la macammana kesesuaian keyboard die dgn tgn korang, orang tgn kecik better cari yg keyboard kecik. Yang tgn besar2 tu carila yg besar jugak, klau nak yg kecik tu ikut kesesuaian la. Tgk jugak berat die mcmmana sbb korang akan membawak laptop ni kesana kemari t. Klau berat sgt x larat ada yg semput lak kang t. So pilih la yg ringan2 skit. Yg penting test how it feels when your typing, screen die so xla nnt skt mata lak screen besar sgt kan.

Specs

Specs ni klau bg yg x tau (tp aku rasa smua tau je) adalah capabilities laptop tu, apa power processor die, screen type die, graphic card die sme. Spec ni aku rasa bg korng yg nak pilih laptop msti tgk bnde ni dlu. For processor aku rasa yg i5 da mencukupi and laptop sekarang ni mostly da dimuatkan ngan processor i5 ni. Bg harddisk capacity lak aku rasa eloklah yg cari dalam 500Gb mcmtu, bkn pe sbb aku rasa mmg korng nak sumbat segala macam movie sme dlm tu t kan. Tp klau yg kecik pun xde masalah sbb korng bole je beli external harddisk kan. Satu lg spec yg aku rasa ptt diambil kira adalah saiz screen laptop tu sndiri nak yang besar ke kecik ke. Range die from 11 inci cmtu ke 17 inci yg besar tu. Bg yg rasa nak selesa main game and movies sme tu, 14 inci or 15 inci da best da korang nak layan movie tu. Bg graphic card pulak tgkla apa kegunaan laptop tu. Klau yg xmen game sgt tu xperlu la graphic card yg heavy sgt. Bg yg ske men game byk2 mcm aku ni sebaiknya carilah laptop yg ada graphic card dlm tu skali. :)

Harga

Bagi aku harga ni x menjadi masalah buat masa ni sbb MARA akan bg kite rm3000.00 bajet tuk bli laptop kan. So gunelah duit tu sebaiknya. Aku rasa seeloknya carilah yg dlm lingkungan rm2000.00 cmtu sbb MARA da bg rm3000.00 kan so pandai2 la eh .. :)

*tertakluk pada yg dpt sponsorship MARA . yg lain2 aku x tau cmne tp seeloknya carilah laptop yang bersesuaian dgn bajet anda semua.



Extras


Ni satu part yg aku rasa bonus la klau beli laptop ni. Certain laptop klau korang beli akan dpt bermacam extras cam beg laptopla, external harddisk la, and lain2 lg. Anggapla sme ni mcm bonus , xde xla terasa sgt tp klau ada tu best jgak la . Extras ni jugak termasuk warranty sme, and warranty ni kre pentingla sbb klau rosak ke apa laptop tu klau ada warranty x terasa sgtla wallet kte sme. Bg yg nak keluar negara aku rasa better klau bole cari international warranty so die akan cover skali klau pape jadi kat luar negara t. Mgkn korang jugak bole cari laptop yg ada battery life yang lama so bole korng gne laptop tu kesana kemari tanpa tarik wayar charger tu.




Aku harap apa yg aku tulis ni skit sebanyak dpt tolong korng memilih laptop yg terbaik bg korng. Klau ada pape nak aku tmbah bolela bg komen. Next time aku akan bagi review model2 laptop yg best tuk korng. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...