Dinar-Dirham yang telah dicetak oleh Islamic Mint Nusantara (IMN) 2009
Pengertian riba menurut Islam secara lebih terperinci diterangkan oleh seorang Fakih masyhur, Ibn Rushd (al-hafid), dalam kitabnya Bidaya al-Mujtahid, Bab Perdagangan. Ibn Rushd mengkategorisasikan sumber riba ke dalam lapan jenis transaksi: (1) Transaksi yang dicirikan dengan suatu kenyataan 'Beri saya kelonggaran [dalam pelunasan] dan saya akan tambah [jumlah pengembaliannya]; (2) Jualan dengan penambahan yang dilarang; (3) Jualan dengan penangguhan bayaran yang dilarang; (4) jualan yang dicampuraduk dengan hutang; (5) jualan emas dan barang dagangan untuk emas; (6) pengurangan jumlah sebagai ganjaran atas penyelesaian yang cepat; (7) jualan produk makanan yang belum sepenuhnya diterima; ( 8) atau jualan yang dicampuraduk dengan pertukaran wang. Perlu diketahui bahawa Ibn Rushd menuliskan Bidayat al-Mujtahid dengan menganalisis berbagai pendapat para imam dari keempat-empat madhhab utama.
Dalam formulasi sederhananya Ibn Rushd menggolongkan kemungkinan munculnya riba dalam perdagangan di atas ke dalam dua jenis:
(1) Kelewatan bayaran (riba nasi'ah); dan
(2) Perbezaan nilai (riba tafadul).
(1) Kelewatan bayaran (riba nasi'ah); dan
(2) Perbezaan nilai (riba tafadul).
Riba yang pertama, al nasi'ah, merujuk pada selisih waktu; dan riba yang kedua, tafadul atau al-fadl, merujuk pada selisih nilai. Dengan dua jenis sumber riba ini, Ibn Rushd merumuskan adanya empat kemungkinan:
1. Hal-hal yang pada keduanya, baik penangguhan mahupun perbezaan, dilarang adanya.
2. Hal-hal yang padanya dibenarkan ada perbezaan tetapi dilarang ada penangguhan.
3. Hal-hal yang pada keduanya, baik penangguhan mahupun perbezaan, dibenarkan adanya.
4. Hal-hal (yang dipertukarkan) yang terdiri atas satu jenis (genus) yang sama (semisal pertukaran wang, sewa-menyewa, dan hutang-piutang).
1. Hal-hal yang pada keduanya, baik penangguhan mahupun perbezaan, dilarang adanya.
2. Hal-hal yang padanya dibenarkan ada perbezaan tetapi dilarang ada penangguhan.
3. Hal-hal yang pada keduanya, baik penangguhan mahupun perbezaan, dibenarkan adanya.
4. Hal-hal (yang dipertukarkan) yang terdiri atas satu jenis (genus) yang sama (semisal pertukaran wang, sewa-menyewa, dan hutang-piutang).
Rumusan di atas menunjukkan bahawa istilah penangguhan mahupun perbezaan nilai (penambahan) digunakan di dalam fekah untuk hal-hal baik yang boleh dibenarkan atau tidak, bergantung kepada jenis transaksi dan barang yang ditransaksikan. Ini bermakna bahawa:
a) Dalam suatu transaksi yang mengandungi unsur penangguhan yang dilarang timbul riba yang termasuk riba al nasi'ah.
b) Dalam urus niaga yang mengandungi unsur penambahan yang dilarang timbul riba yang termasuk riba al-fadl.
c) Dalam suatu transaksi yang mengandungi keduanya bererti timbul riba yang merupakan riba al-nasi'ah dan riba al-fadl sekaligus.
a) Dalam suatu transaksi yang mengandungi unsur penangguhan yang dilarang timbul riba yang termasuk riba al nasi'ah.
b) Dalam urus niaga yang mengandungi unsur penambahan yang dilarang timbul riba yang termasuk riba al-fadl.
c) Dalam suatu transaksi yang mengandungi keduanya bererti timbul riba yang merupakan riba al-nasi'ah dan riba al-fadl sekaligus.
Pengertian yang benar tentang jenis riba ini penting terutama dalam konteks urus niaga yang melibatkan jenis (genus) yang sama di atas. Berikut kita aplikasikan pengertian ini dalam beberapa jenis transaksi dalam kehidupan sehari-hari. Contoh konkrit diberi untuk memperjelas pengertiannya.
Transaksi hutang-piutang mengandungi penangguhan (perbezaan) masa, tetapi tidak ada unsur penambahan. Seseorang meminjamkan uang Rp 1 juta ringgit, dan peminjam melunasinya, selepas tertunda beberapa waktu lamanya, dalam jumlah yang sama, Rp 1 juta. Penangguhan masa dalam hutang-piutang ini dibenarkan dan hukumnya halal, tetapi penambahan atasnya tidak dibenarkan dan hukumnya haram. Penambahan dalam hutang-piutang adalah riba al-fadl.
Transaksi pertukaran tidak melibatkan baik penangguhan (perbezaan) waktu maupun penambahan nilai. Seseorang memberikan sejumlah wang, Rp 1 juta, kepada seseorang yang lain. Tanpa ada perbezaan masa, ertinya pada saat wang diserahkan, dan tanpa perbezaan nilai, tetap Rp 1 juta, seseorang lain menerimanya, sambil menyerahkan wang yang sama Rp 1 juta. Perbezaan masa dalam pertukaran dilarang dan hukumnya haram; demikian juga penambahan di dalam pertukaran dilarang dan hukumnya haram. Kalau penyerahannya (dari salah satu atau kedua-dua belah pihak) ditunda maka yang harus dilakukan adalah menjadikan transaksi tersebut secara jelas sebagai hutang-piutang.Hutang-piutang tidak boleh disembunyikan sebagai pertukaran. Kalau hal ini terjadi maka timbul riba, dalam hal ini riba al-nasi'ah.
Transaksi sewa-menyewa melibatkan kedua-dua unsur, baik penangguhan mahupun penambahan nilai. Seseorang yang menyewa rumah, contohnya Rp 10 juta untuk setahun, akan mengambil hak pemilikan sementara (selama setahun) atas rumah tersebut dan ketika mengembalikannya, selepas setahun kemudian, bersama-sama dengan penambahan nilai, berupa wang sewanya, Rp 10 juta.(Bahwa umumnya saat ini sewa rumah dibayar di muka, adalah persoalan lain).Keduanya, penangguhan masa dan penambahan nilai dalam urus niaga ini dibenarkan, hukumnya halal. Tetapi, perlu difahami, bahawa urus niaga sewa-menyewa hanya boleh dilakukan atas benda-benda tertentu saja (bangunan, kenderaan, binatang, dan sejenisnya; dan tidak atas benda-benda lain yang fungible - habis terpakai dan tidak boleh dimanfaatkan bahagian per bahagiannya - seperti makanan dan benda yang digunakan sebagai alat tukar, yakni wang. Sewa-menyewa wang bermaksud merosakkan fitrah transaksi, dan menjadikannya sebagai riba. Dalam hal ini riba yang terjadi adalah riba al-fadl, kerana menyewakan wang serupa dengan menambah nilai pada hutang-piutang.
Sedangkan dalam jual-beli, yang melibatkan benda tidak sejenis, penangguhan dibenarkan, tetapi penambahan nilai dilarang. Tempahan barang dengan bayaran wang muka, atau pembelian barang yang diserahkan kemudian, yang melibatkan penangguhan masa dibenarkan, dan hukumnya halal. Tetapi jual-beli yang melibatkan dua harga yang berbeza, contohnya Rp 1 juta bila dibayar tunai, dan menjadi Rp 1.5 juta bila dicicil atau dibayar beberapa waktu kemudian, diharamkan. Atau apabila seorang penjual memberikan penangguhan bayaran, dalam fekah disebut transaksi salam, yang dibolehkan namun pada saat jatuh tempo dia menyatakan kepada pembeli 'Anda boleh memanjangkan tempoh tapi dengan tambahan harga' atau, sebaliknya pada awal urus niaga, 'Anda boleh membayar lebih cepat dan saya akan berikan diskaun (perbezaan harga) ', transaksi ini menjadi haram hukumnya. Dalam hal ini masuk unsur riba, iaitu riba al-fadl. Dalam fekah bentuk transaksi ini dikenali sebagai 'dua jualan dalam satu urus niaga'.
Dengan pemahaman pengertian riba mengikut syariah sebagaimana dirumuskan oleh para ulama di atas, kedudukan para pembaru akan dengan jelas dapat dilihat. Sebagaimana akan dihuraikan di bawah ini mereka meredefinisi pengertian riba dengan tujuan untuk mengakomodasi sistem ekonomi moden (baca: kapitalisme) yang sepenuhnya berdasarkan riba.
Diambil dari http://islamhariini.wordpress.com/2007/11/14/pengertian-riba/ Karya asal dalam bahasa Indonesia