Pengertian Riba Dalam Islam

dinar-dirham_imn
Dinar-Dirham yang telah dicetak oleh Islamic Mint Nusantara (IMN) 2009

Pengertian riba menurut Islam secara lebih terperinci diterangkan oleh seorang Fakih masyhur, Ibn Rushd (al-hafid), dalam kitabnya Bidaya al-Mujtahid, Bab Perdagangan. Ibn Rushd mengkategorisasikan sumber riba ke dalam lapan jenis transaksi: (1) Transaksi yang dicirikan dengan suatu kenyataan 'Beri saya kelonggaran [dalam pelunasan] dan saya akan tambah [jumlah pengembaliannya]; (2) Jualan dengan penambahan yang dilarang; (3) Jualan dengan penangguhan bayaran yang dilarang; (4) jualan yang dicampuraduk dengan hutang; (5) jualan emas dan barang dagangan untuk emas; (6) pengurangan jumlah sebagai ganjaran atas penyelesaian yang cepat; (7) jualan produk makanan yang belum sepenuhnya diterima; ( 8) atau jualan yang dicampuraduk dengan pertukaran wang. Perlu diketahui bahawa Ibn Rushd menuliskan Bidayat al-Mujtahid dengan menganalisis berbagai pendapat para imam dari keempat-empat madhhab utama.
Dalam formulasi sederhananya Ibn Rushd menggolongkan kemungkinan munculnya riba dalam perdagangan di atas ke dalam dua jenis:
(1) Kelewatan bayaran (riba nasi'ah); dan
(2) Perbezaan nilai (riba tafadul).
Riba yang pertama, al nasi'ah, merujuk pada selisih waktu; dan riba yang kedua, tafadul atau al-fadl, merujuk pada selisih nilai. Dengan dua jenis sumber riba ini, Ibn Rushd merumuskan adanya empat kemungkinan:
1. Hal-hal yang pada keduanya, baik penangguhan mahupun perbezaan, dilarang adanya.
2. Hal-hal yang padanya dibenarkan ada perbezaan tetapi dilarang ada penangguhan.
3. Hal-hal yang pada keduanya, baik penangguhan mahupun perbezaan, dibenarkan adanya.
4. Hal-hal (yang dipertukarkan) yang terdiri atas satu jenis (genus) yang sama (semisal pertukaran wang, sewa-menyewa, dan hutang-piutang).
Rumusan di atas menunjukkan bahawa istilah penangguhan mahupun perbezaan nilai (penambahan) digunakan di dalam fekah untuk hal-hal baik yang boleh dibenarkan atau tidak, bergantung kepada jenis transaksi dan barang yang ditransaksikan. Ini bermakna bahawa:
a) Dalam suatu transaksi yang mengandungi unsur penangguhan yang dilarang timbul riba yang termasuk riba al nasi'ah.
b) Dalam urus niaga yang mengandungi unsur penambahan yang dilarang timbul riba yang termasuk riba al-fadl.
c) Dalam suatu transaksi yang mengandungi keduanya bererti timbul riba yang merupakan riba al-nasi'ah dan riba al-fadl sekaligus.
Pengertian yang benar tentang jenis riba ini penting terutama dalam konteks urus niaga yang melibatkan jenis (genus) yang sama di atas. Berikut kita aplikasikan pengertian ini dalam beberapa jenis transaksi dalam kehidupan sehari-hari. Contoh konkrit diberi untuk memperjelas pengertiannya.
Transaksi hutang-piutang mengandungi penangguhan (perbezaan) masa, tetapi tidak ada unsur penambahan. Seseorang meminjamkan uang Rp 1 juta ringgit, dan peminjam melunasinya, selepas tertunda beberapa waktu lamanya, dalam jumlah yang sama, Rp 1 juta. Penangguhan masa dalam hutang-piutang ini dibenarkan dan hukumnya halal, tetapi penambahan atasnya tidak dibenarkan dan hukumnya haram. Penambahan dalam hutang-piutang adalah riba al-fadl.
Transaksi pertukaran tidak melibatkan baik penangguhan (perbezaan) waktu maupun penambahan nilai. Seseorang memberikan sejumlah wang, Rp 1 juta, kepada seseorang yang lain. Tanpa ada perbezaan masa, ertinya pada saat wang diserahkan, dan tanpa perbezaan nilai, tetap Rp 1 juta, seseorang lain menerimanya, sambil menyerahkan wang yang sama Rp 1 juta. Perbezaan masa dalam pertukaran dilarang dan hukumnya haram; demikian juga penambahan di dalam pertukaran dilarang dan hukumnya haram. Kalau penyerahannya (dari salah satu atau kedua-dua belah pihak) ditunda maka yang harus dilakukan adalah menjadikan transaksi tersebut secara jelas sebagai hutang-piutang.Hutang-piutang tidak boleh disembunyikan sebagai pertukaran. Kalau hal ini terjadi maka timbul riba, dalam hal ini riba al-nasi'ah.
Transaksi sewa-menyewa melibatkan kedua-dua unsur, baik penangguhan mahupun penambahan nilai. Seseorang yang menyewa rumah, contohnya Rp 10 juta untuk setahun, akan mengambil hak pemilikan sementara (selama setahun) atas rumah tersebut dan ketika mengembalikannya, selepas setahun kemudian, bersama-sama dengan penambahan nilai, berupa wang sewanya, Rp 10 juta.(Bahwa umumnya saat ini sewa rumah dibayar di muka, adalah persoalan lain).Keduanya, penangguhan masa dan penambahan nilai dalam urus niaga ini dibenarkan, hukumnya halal. Tetapi, perlu difahami, bahawa urus niaga sewa-menyewa hanya boleh dilakukan atas benda-benda tertentu saja (bangunan, kenderaan, binatang, dan sejenisnya; dan tidak atas benda-benda lain yang fungible - habis terpakai dan tidak boleh dimanfaatkan bahagian per bahagiannya - seperti makanan dan benda yang digunakan sebagai alat tukar, yakni wang. Sewa-menyewa wang bermaksud merosakkan fitrah transaksi, dan menjadikannya sebagai riba. Dalam hal ini riba yang terjadi adalah riba al-fadl, kerana menyewakan wang serupa dengan menambah nilai pada hutang-piutang.
Sedangkan dalam jual-beli, yang melibatkan benda tidak sejenis, penangguhan dibenarkan, tetapi penambahan nilai dilarang. Tempahan barang dengan bayaran wang muka, atau pembelian barang yang diserahkan kemudian, yang melibatkan penangguhan masa dibenarkan, dan hukumnya halal. Tetapi jual-beli yang melibatkan dua harga yang berbeza, contohnya Rp 1 juta bila dibayar tunai, dan menjadi Rp 1.5 juta bila dicicil atau dibayar beberapa waktu kemudian, diharamkan. Atau apabila seorang penjual memberikan penangguhan bayaran, dalam fekah disebut transaksi salam, yang dibolehkan namun pada saat jatuh tempo dia menyatakan kepada pembeli 'Anda boleh memanjangkan tempoh tapi dengan tambahan harga' atau, sebaliknya pada awal urus niaga, 'Anda boleh membayar lebih cepat dan saya akan berikan diskaun (perbezaan harga) ', transaksi ini menjadi haram hukumnya. Dalam hal ini masuk unsur riba, iaitu riba al-fadl. Dalam fekah bentuk transaksi ini dikenali sebagai 'dua jualan dalam satu urus niaga'.
Dengan pemahaman pengertian riba mengikut syariah sebagaimana dirumuskan oleh para ulama di atas, kedudukan para pembaru akan dengan jelas dapat dilihat. Sebagaimana akan dihuraikan di bawah ini mereka meredefinisi pengertian riba dengan tujuan untuk mengakomodasi sistem ekonomi moden (baca: kapitalisme) yang sepenuhnya berdasarkan riba.
Diambil dari http://islamhariini.wordpress.com/2007/11/14/pengertian-riba/ Karya asal dalam bahasa Indonesia

APEKAH???








Kerja Malay A1 Sem 2 (Latest!)



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berdasarkan perbincangan dan negotiation yang aku dan Puan Siti Fatimoh dan jalankan ari isnin lalu, 17 Mei..kita akan amek sorang satu novel sahaja dan pembahagian novel telah beliau lakukan. Aspek yang perlu ada dalam setiap nota yang anda bakal lakukan ialah:

1) Tema dan persoalan
2) Diksi/perkataan 
3) Rangkaikata
4) Bait dan Baris
5) Stanza dan rangkap
6) Gaya bahasa (perbandingan,pertentangan,penegasan dan sindiran)
7) Jenis dan nada
8) Mesej dan sikap pengarang terhadap karya.
9) Pengarang - Usman Awang.

Analisis ini perlu dilakukan dan siapkan nota bagi setiap novel yang dipertanggungjawabamanahkan kepada kalian,haha ^^ Senarai orang dan novel yang korang kena buat: (makluman-untuk future M09Tians dan tak termasuk yang kena pindah kelas,sorry guys..:(

1) Analisis Keatas Usman Awang dan latar belakang hidup ALI IMRAN NASRI
2) Ibuku AZZEEM SHAHREN
3) Bagaimana kalau... DINIE AQILAH FARHANA
4) Pantun Moden MUHAMMAD FIRDAUS
5) Kehilangan nama MUHAMMAD AMIRUL JURAIMY
6) Kuala Sedili MUHAMMAD ASYRAF MD SUKOR
7) Suara dari pusara MUHAMMAD HANIF
8) Mata ayah MUHAMMAD ALIF HAIQAL ( bukan nama sebenar )
9) Kelopak rasa NURUL NADHIRAH ABD KAHAR
10) Kemanusiaan- MUHAMMAD QASIM
11) Salam benua MUHAMMAD ARSYAD & MUHAMMAD IKRAM
12) Ayah belum pulang MUHAMMAD AUZAIE AFANDI
13) Dunia yang senyum NUR EZREEAH MUSTAFA
14) Gadis di kuburan NABILAH BT AZIZ
15) Mereka tidak lagi menangis MUHAMMAD FAKARULEO ASAEL AZIMVOICH STEVENSON
16) Balada Terbunuhnya Beringin tua di pinggiran sebuah bandaraya AMIR ROSLI

Kalau ada masalah,YM aku je..siapkan NAIK CUTI SEMESTER 2.

Semester 2 Holiday and ole-ole!!!



Malay A1
1. Kajian Puisi2 Pilihan Usman Awang
a) Tema dan Persoalan
b) Diksi/perkataan, rangkaikata, bait, baris, stanza/rangkap
c) Gaya bahasa
i - Perbandingan
ii - Pertentangan
iii- Penegasan
iv- Sindiran
d) Jenis, nada
e) Mesej, sikap pengarang
f) Pengarang - Usman Awang
2. World Literature Assignment

English B HL

ITGS SL
1. Internal Assesment

Biology HL

Mathematics HL

Chemistry HL

Extended Essay
make sure ade development

Novel




Novel : Tok Perak
Pengarang : Syed Alwi
Watak : Tok Perak , Azizah , Hamid , Hamzah , Hasnah

Novel : Trem Bernama Dasire
Pengarang : Tennessee Williams
Watak : Stella , Blance , Mitch , Stanley Kowaltski

Novel : Kalbu
Pengarang : Soseki Natsume
Watak : Aku , Sensei , Shizu@Ojosan@Bini Sensei , Okusan , K (bukan nama sebenar)

Novel : Okonkwo
Pengarang : Chinua Achebe
Watak : Okonkwo , Nwoye , Ibu Nwoye , Ekwefi , Ezinma , Ikemefuna , Obiereka , Unuoka , Cielo , Maduka , Amalinze si kucing , Paderi James Smith , Mr.Kiaga , Enoch

Novel : Tuan Gatsby
Pengarang : F. scott Fritzgerald
Watak : Tuan Gatsby , Nick Caraway , Daisy buchanan , Tom Buchanan , Jordan Baker , Mayer Wolfshiem , George Wilson , Myrtle Wilson

Exam Schedule!


~Semester 2 Exam~
.:placement bebeh:.

Day 1
English B HL Paper 1
English B HL Paper 2
Malay A1 Paper 2

Day 2
Pendidikan Agama Islam
Chemistry HL Paper 1
Chemistry HL Paper 2

Day 3
Mathematics HL/SL Paper 1
Mathematics HL/SL Paper 2
Mathematics HL Paper 3

Day 4
ITGS SL Paper 1
ITGS SL Paper 2

Day 5
Biology HL Paper 1
Biology HL Paper 2

MORE INFORMATION ON EXAM SCHEDULE,
PLEASE CHECK INTERNAL EXAMINATION NOTICE BOARD

TOK question




1. Consider the extent to which knowledge issues in ethics are similar to those in at least one other area of knowledge.

2. How important are the opinions of experts in the search for knowledge?

3. "Doubt is the key to knowledge" (Persian Proverb). To what extent is this true in two areas of knowledge?

4. To what extent do we need evidence to support our beliefs in different areas of knowledge?

5. To what extent are the various areas of knowledge defined by their methodologies rather than their content?

6. "There are no absolute distinctions between what is true and what is false". Discuss this claim.

7. How can we recognise when we have made progress in the search for knowledge? Consider two contrasting areas of knowledge.

8. "Art is a lie that brings us nearer to the truth" (Pablo Picasso). Evaluate this claim in relation to a specific art form (for example, visual arts, literature, theatre).

9. Discuss the roles of language and reason in history.

10. A model is a simplified representation of some aspect of the world. In what ways may models help or hinder the search for knowledge?

TOK ARTiCLE



Guys , copy this two links and paste it in your browser and read the article inside ..

http://www.americanchronicle.com/articles/printfriendly/44738

http://www.wired.com/print/science/discoveries/news/2002/08/54394

IT Research methodologies

Chemy Lab



Google jeh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...