MyLaptopReview: Sony Vaio C-Series

Setelah aku pusing pusing Midvalley, Lowyat and Times Square 2-3 hari ni, ini antara laptop yang berjaya menarik perhatian aku. Laptop ni kalau sekali pandang pun memang boleh nampak dari jauh. Menyerlah.


Serius warna laptop ni memang cun. Ada byk lg pilihan warna iaitu merah, biru, hitam, putih, oren, pink. Yes, lagi banyak warna lagi bagusss, pening kepala nak pilih.

SPEC
Ada 2 spec berbeza untuk processor dia. Satu guna processor i5 dan satu lagi guna processor i7. (Yang i7 hanya available dalam warna hitam dan putih sahaja.) Untuk student macam kita ni yang i5 pun dah cukup mantap dah. Spec yang lain semua sama iaitu graphic card dia guna AMD Radeon HD yang boleh detect kadar graphic usage korang. Kalau korang tak main game, graphic akan direndahkan secara automatik supaya dapat save battery. Untuk movie takde masalah, memang akan puas hati betul lah dgn graphic ni. Kira kalau main counter strike pun gambar still cantekk. Memang untuk gaming pun laptop ni. =D

RAM 4gb dan boleh diupgrade ke 8gb. So takde hal lah untuk multitasking dan tak lagging jugak. Boleh store data sampai 500gb tapi kebanyakkan korang dah ade external harddisk masing-masing jadi banyak lagi la benda korang boleh simpan dalam laptop nih. Optical drive dia biasa je DVD Super MultiDrive. Tak perlu lah blue-ray tu. Dah la CD blue-ray mahal. =P

Oh lupa. Yang best pasal laptop ni adalah webcam dan jugak speaker dia. Webcam dia HD Exmor (1.31MP) yang sangat best untuk korang skype mahupun ber-YM bersama rakan-rakan dan famili terchenta. Memang HD. Aku dah try tengok kat kedai. Dan speaker dia guna teknologi DOLBY Home Theater dan ini pun dah cukup sebenarnya untuk memuaskan nafsu korang menonton movies. Haha..

Ada 4 tempat cucuk. 3 untuk USB 2.0 dan 1 untuk USB 3.0. Ada jugak HDMI connector untuk sambung kat tv. Memory card slot. SD memory slot. Oh hampir lupa, agak unik model ni sebab ada backlit keyboard so boleh menaip dalam gelap or blackout ke. Most of the other models takde feature ni. Ala korang still nampak huruf walaupun dalam gelap. Tu la backlit display. Slack sikit kat laptop ni sebab casing dia macam plastik2 sikit. Korang yang mementingkan gaya ekslusif ala2 executive maybe tak minat kot laptop camni. Harga jugak agak mahal sikit sebab brand VAIO tu sendiri.

OS yang siap ada ialah Windows 7 Home Premium 64 bit. Saiz monitor 14'' dan berat dia adalah 2.45 kg. Daya tahan bateri dalam 3-4 jam usage sebelum laptop nih padam. Boleh upgrade bateri tp mau dekat RM800++ jugaklah untuk upgrade bateri. Err apa lagi eh nak tulis. Setiap pembelian laptop ni akan dapat sekali dgn backpack(free) untuk bawak laptop ni ke hulu ke hilir. Kalau rajin cari kat Lowyat, ada kedai yang offer macam2 free gifts kalau korang beli ni. Last and paling penting, harga RM2999 untuk i5 dan RM3699 untuk i7. Aku bagi 7/10 untuk laptop ni. For more info klik SINI. Selamat memilih laptop. =)

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...