MyLaptopReview: ASPIRE TimelineX Series



Selama beberapa hari aku pusing-pusing satu bandar Kota Bharu, aku cuba cari laptop Acer TimelineX Series. Siyes banyak dah habis. Last-last aku berjaya angkat satu, tu pun last unit yang kedai tu ade. Cam biasa, ape yang best dengan brand Acer adalah pada harganya. Bagi mana-mana yang mencari laptop dengan spec yang agak tinggi tapi pada masa yang sama ingin save budget, sila-sila la jenguk Acer.

Specs


Model yang kali ni cam agak dahsyat gak ar kalau nak compare dengan previous Acer punya model. Yang aku punyer, processor dia i5. Kalau kat pasaran ada i3, i5 dan i7. Dan yang agak aneh sikit, jenis i5 dan i3 dijual di kedai dengan harga yang serupa. So aku cadangkan korang cari la i5, untung sikit. Kalau kat area Kota Bharu, yang i3 masih berlambak, tapi yang i5 rata-rata dah abis.

Yang best dengan model ni, dia ada 3 usb port, dan suma usb port tu jenis USB 3.0. Dah agak ok la kan kalau nak banding dengan kebanyakan model Acer yang sebelum ni hanya ada 2 usb port. So, transfer rate tu memang agak laju. Sape-sape yang guna external hard disk jenis WD Passport cam aku memang best la guna sebab external hard disk tu ade 3.0 punyer kabel.

RAM dia kalau permulaan beli 4GB DDR3 dan korang oleh upgrade ke 8GB DDR3 kalau korang nak dengan bayaran tambahan bukan percuma ea. Webcam dia pun 1.3 megapixel dan memang dah agak puas hati untuk buat video call kalo korang nak ber-SKYPE mahupun ape-ape ajer yang melibatkan webcam.

Kalau tengok pada screen dia ni 14.0 inci dan screen dia memang jenis memanjang. Yang best pasal screen dia ialah jenis HD LED LCD. Memang best ar kalau korang jenis kaki movie.

Paling gempak ialah pada graphic card dia nih. Acer Timeline X series ada 2 jenis graphic card; NVIDIA atau RADEON. Cam aku punya, NVIDIA. Dia punya graphic card adalah 2gb dan ni memang agak sesuai andai korang jenis gamers. 2gb graphic card ni memang agak tinggi bagi seorang gamer.


Ok, part ni aku nak highlight betul-betul. Sekali lagi, agak aneh pasal secondary memory (internal hard disk) kerna kalau korang cari kat pasaran, ade yang 500gb dan ada yang 640gb. So, rezeki aku berjaya jumpa yang 640gb dan memang 'perghhh'. Yang anehnya baik 500gb atau 640gb, dua-duanya adalah RM2 499. So korang fikir la sendiri korang nak untung yang mana satu.

Pasal keyboard dia, better korang cuba 'interview' dulu laptop ni kat kedai, cam Alip kata sebab keyboard dia bukan cam kebiasaan model Acer yang lain. Based pengalaman aku sendiri, keyboard dia cam dah jadi laptop 'Epal'. Memang sebijik cam laptop 'Epal'. So, kalo korang jenis teringin nak guna MacBook, mungkin model ni boleh mengubat hati korang sebab tak mampu nak beli MacBook. Hehe. Tapi bagi aku keyboard dia memang agak selesa untuk diguna sebab korang sendiri nanti takde la sakit tangan atau lenguh-lenguh sebab kalau rujuk model Acer yang biasa, keyboard dia cam kena tekan ke dalam sikit. Dan keyboard dia memang agak sesuai bagi golongan bertangan besar cam aku sebab mudah untuk ditekan dan ruang keyboard yang agak besar.

Pasal berat dia nih, memang agak ringan cuma aku tak tahu berapa berat dia nih. Tapi bagi aku agak ringan la. Dan touchpad dia nih jenis multi-gesture touchpad, meaning korang boleh scroll, zoom kat touchpad terus. Bateri dia tahan sampai 8 jam kalau korang tak guna gila-gila.

Pilihan kaler dia pun agak menarik. Aku ada jumpa yang kaler hijau tapi processor setakat i3, tu yang tak angkat tu.
Aku pilih yang kaler coklat gelap, depend atas korang la.
Sebab kalau dark blue atau hitam cam dah agak common, so cari la yang lain sikit daripada yang korang pernah ada.

Owh, sebelum terlupa satu lagi, pasal nak adjust dia punyer sound volume tu, dia ada hotkeys untuk adjust volume dan yang paling best, benda tu senyap dan tak annoying cam kalo korang pernah tengok MacBook, kalau korang adjust dia punya sound, akan ada bunyi 'pekk22x' yang akan tarik perhatian orang lain. So, kalau korang tengah guna dan sambung pada LCD masa pape program, korang boleh adjust bunyi video presentation boleh la adjust sound tu dengan penuh sopan dan bergaya.

Kekurangan dia nih mungkin pada tahap maximum volume yang dia boleh achieve. Max volume dia takdelah kuat sangat. Mungkin korang perlukan speaker tambahan untuk kasi gegar sikit. Cuma orang cam aku yang lebih suka guna earphone memang takde hal punyer..

So, aku mampu bagi 7/10 untuk Acer TimelineX Series. Kesimpulan utama bagi aku, kalau korang nak save budget sebab MARA tak bagi lagi duit untuk beli lappy, korang boleh la cari Acer sebab murah dan korang dah boleh dapat dengan processor yang agak mantap!
For more info, boleh la KLIK SINI eh.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...