MyLaptopReview: Dell Xps 1502x

Okay ini first laptop yang akan aku review. Dell Xps 1502x ataupun Dell Xps 15 Sandry bridge. The first thing yg menarik minat aku pada laptop ni adalah speaker die. Dgn speaker JBL and ada subwoofer gak mmg sound die sgt gempak. Macam pakai home theater tu and klau gune tuk tgk movie mmg best gle a.






The specs


Model yang aku ada ni adalah basic model dgn processor intel i5 yang pada pendapat aku da mencukupi tuk laptop pelajar ni and bole buat tuk men game gak. Tp bg sesapa yg nak bole upgrade jd processor i7 dgn sedikit penambahan harga. Berbekalkan 4gb ram dan bole diupgrade sehingga 8gb mmg mengurangkan kadar tuk laptop ni lag and memudahkan nak buat multitasking dan 500gb secondary memory mmg muat sgtla klau kte nak ltk movie2 sme tu. Berbekalkan optical Dvd reader and writer ataupun bole diupgrade kepada blueray disc reader yang boleh memainkan DVD2 yang high definition.

Screen laptop ni pulak agak besar, 15.6 inci tp bg aku saiz screen yg besar dan sesuai untuk gamers and moviers mcm aku ni. Screen laptop ini juga menyokong HD video dgn teknologi truelife and aku bole ckp mmg puas hati tgk screen display die.

Keyboard bg laptop ni aku rasa sgt menarik sbb die direka mcm style Mac Book with separated keys and stiap key die gak berbetruk chiclet yg stiap key tu mcm kedalam skit so selesa untuk menaip.

Graphic card wise adalah sesuai untuk most game nowadays dan bole memainkan game2 yg memrlukan graphic yg x terlalu tinggi dgn 2gb graphic memory mmg sesuai untuk gamers2 yg ada ni. Selain itu jgak, laptop ni mempunyai teknologi Optimus iaitu kalau korang main game yg memerlukan graphic tinggi die akan gne graphic card 2gb tu tp ble xpakai graphic die akan automatically switch to a simple intel HD graphic so xstrain your laptop.

Selain tu gak, laptop ni klau korang sambungkan kt 3D tv die bole main 3d movie and ni better klau korang upgrade jd blueray disc tu. Laptop ni gak ada HD webcam yg certified use for skype HD so bolela skype uma nnt dgn terang benderang. :)

Tp yg kurng best skit adalah bg yg x biasa ngan laptop besa ni mgkn akan rasa kekok skit sbb laptop ni mmg agak besar and agak berat. Dlm 3kg cmtu. Dan laptop ni gak a bit more bulky dr laptop biasa tp aku rasa design die menarik dan xla menganggu sgt. Laptop ni ada 3 usb port, 2 usb 2.0 dan 1 usb 3.0 gak.
Dgn bli laptop ni gak korang akan dpt a free Belkin EVo backpack yg aku rasa sgt cantik and selese untuk dipakai berharga RM100++ klau dibeli sendiri.

One of the downside laptop ni adalah battery die. The basic battery is a 6-cell battery yg x tahan lama sgt klau main game or tgk movie mcm tu, dlm 4 jam ke camtu. Tp laptop ni bole diupgrade battery die kepada 9 cell battery yg bole tahan lg lama dr 6 cell battery tu.

All in all aku rasa laptop ni sgt sesuai dgn harga yg ditawarkan dan mempunyai byk feature yg menarik. Aku bg 8/10 untuk laptop ni. For more detail korang bole klik kat sini.


5 Responses so far.

  1. 8/10. cool. tapi besar gabak bai.. berat lg.. takpe2, ini pn masuk list aku gak. ape beza dgn XPS 15z ??

  2. 15z tggu nnt aku buat review die lak pas ni .. :) ..

  3. ozezaichi says:

    yea...ok beg tu aq akan nampak d ucc

  4. Abe Am says:

    meh aku nak buat review ACER TimeLine X. tapi canne aku nak tulis kat blog ni?

    emel aku utk blogging; black_raven91@yahoo.com

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...