MyLaptopReview: Dell Vostro 3350

Okay kali ni aku nak review satu model laptop dari Dell yg aku rasa ramai daripada kita kenal dgn model ini yg disinonimkan dgn sahabat kita iaitu saudara Qasim iaitu Dell Vostro specifically today Dell Vostro 3350. On the surface laptop model Vostro terkenal dgn style flip die yg agak berbeza dgn laptop2 lain iaitu die mcm ada extra portion kt blakang hinge laptop die tu berbanding laptop lain yg flip hinge die kat hujung body laptop tu.


The Spec

On my first look aku mmg tertarik dgn warna yg ditawarkan dgn model ini iaitu terdapat 3 pilihan iaitu Lucerne Red, Brisbane Bronze and Aberdeen Silver tetapi warna untuk laptop ini mgkn berbeza mengikut kawasan atau kedai yg anda pergi. Selain warna yg menarik, laptop ini juga mempunyai saiz screen 13.3 inci yg aku rasa sesuai untuk mereka yg x minat screen2 besa ni. Ditambah pulak dgn berat laptop ini yg cuma lbh kurang 2.2Kg menjadikan Dell Vostro ini satu model yg mobile dan boleh dibawak kesana kemari tanpa byk msalah.

Laptop ini juga didatangkan dgn pilihan antara processor i3 ataupun i5 dan aku mmg mengesyorkan anda semua yg berminat untuk memilih processor i5 yg mempunyai kuasa yg lbh tinggi da sesuai untuk pelajar seperti kita ni. Dengan RAM yg bole diupgrade sehingga 6gb aku rasa amatlah sesuai diupgrade kepada maximum supaya anda bole menikmati laptop ini dgn lebih baik tanpa ada lag antara penggunaan software2 yg berbeza.

Bg para gamers pulak, jgn risau, walaupun laptop ni tidaklah mempunyai graphic card yg high-end tetapi mencukupi untuk memainkan game2 yg kurng hardcore dan tidak memerlukan graphic yg tinggi dengan graphic card 512MB AMD Radeon HD 6490M GDDR5. Namun bagi para gamers yg meminati laptop dgn graphic card dgn kebolehan yg lbh tinggi mgkn model ini bukan untuk anda.

Bg mereka yg pernah melihat model2 Vostro sebelum ini, mgkn korng tahu bhwa kebanyakan model vostro x didatangkan dgn optical drive atau kata lainya, xleh sumbat cd dlm laptop ni. Namun begitu, bergembiralah anda kerana model Vostro 3350 ini didatangkan dgn tray-load DVD writer and reader yg membolehkan anda memainkan movie2 kegemaran anda.

Antara feature lain model ini ialah battery yg boleh bertahan sehingga melebihi 8 jam cmtu dgn penggunaan sederhana namun the down side of this is the battery is bulky and korng kene tambah duit lagi skit untuk upgrade basic battery korng kepada model 8cell ni yang mampu bertahan lebih lama.

Keyboard laptop ini juga menggunakan separated design iaitu setiap key dijarakkan antara satu sama lain dan boleh mengurangkan typo bg mereka yg selalu typo. Terdapat juga backlight bg keyboard laptop ini tetapi hanya spec tertentu sahaja yg mengandungi feature ini dan feature ini xleh dipilih secara online di laptop dell ni. Lbh kurng klau nasib bek pilih2 model dptla yg ada backlight ni .

Sound wise laptop ni agak kurang dan sound quality mgkn akan terabur ble dipasang pada maximum level tp klau korang ada headphone yg sesuai atau xpasang kuat2 sgt bende ni xkn jadi masalh kt korng.

All in all aku rasa laptop ni adalah sesuai bg mereka yg mementingkan mobility dan x terlalu focus on entertainment. Design laptop ini bg aku sgt menarik dan warna yg ditawarkan pn mampu menarik perhatian ramai orang.Dengan harga asas sebanyk RM2209.00 model ini mempunyai performance yang cukup dgn bajet harga yg ditawarkan. Aku bg model Dell Vostro 3350 ni 6/10. Untuk maklumat lanjut korng boleh klik SINI.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...