Assalamualaikum dan Salam Ramadhan
Entry kali ni nk cerita sikit pasal penjagaan laptop. Fokus kali ini adalah pada bateri itu sendiri. Bateri merupakan satu komponen penting bagi sesebuah notebook mahupun netbook kerana bateri lah yg membuatkan laptop kita ni mobile. Kita sering terjumpa senario dimana pemilik laptop mengeluh dek jangka hayat baterinya yg tidak sampai satu jam bahkan wktu laptopnya mula dibeli dulu jangka hayatnya menjangkau lapan jam. Oleh itu, terpaksalah si pemilik laptop itu bergantung kepada power adapternya. Senario ini membawa masalah terutamanya pemilik laptop itu merupakan seorang student. Bagaimana semua ini berlaku?? Mari kita rungkai satu persatu permasalahan ini.
Kita harus sedar satu realiti bahawa prestasi bateri laptop wajib berkurang dengan masa walau setiptop mana pun penjagaan yg diberikan. Apa yg kita boleh lakukan adalah memperlahankan degenerasi prestasi bateri laptop tersebut.
Selepas membeli laptop
Anda dah dapat laptop baru. YEAY!! Penjagaan sudah bermula dari sini. Anda perlu full charged bateri laptop anda dan kemudian discharged bateri tersebut sehingga paras 10% - 5% dengan menggunakan laptop tanpa power adapter. Buat beberapa pusingan, sebaiknya lima kali untuk mendapatkan bateri yang berfungsi dgn baik.
Selepas Penjagaan Awal
Kebanyakan laptop dipasaran menggunakan bateri lithium-ion. Satu kelemahan bateri lithium-ion adalah, bateri ini tidak boleh berada dalam keadaan fully charged terlalu lama. Jika dibiarkan sedemikian, prestasi bateri akan berkurang dengan pantas. Langkah yg perlu diambil untuk mengelakkan perkara ini berlaku adalah seperti berikut:
- Cabut power adapter setelah takat bateri mencapai 90%
- Fully recharged sekiranya situasi memerlukan bateri anda untuk full recharged contohnya seperti sebelum pergi ke kelas.
Pada tahap ini anda perlu untuk discharged bateri sepenuhnya sebaiknya sekurang-kurangnya sekali setiap 2 minggu. Bateri berasaskan lithium mempunyai ciri kimia yang tidak boleh di discharged sepenuhnya kerana lithium ion battery tidak mempunya 'memori' seperti bateri nickel cadmium. Oleh itu, elakkan daripada kerap fully discharged bateri laptop anda.
Laptop Sebagai Pengganti Desktop
Untuk tujuan ini, sebaiknya bateri diremove dari laptop dan pengguaan kuasa begantung sepenuhnya pada power adapter. Tetapi diingatkan supaya bateri yang diremove tidak fully recharged (rujuk perenggan sebelum ini). Bagi tujuan ini, elok jika bateri disimpan dengan kapasiti 50% kuasa. Guna bateri anda sekali sekala sebaiknya sekali sepanjang 2 minggu untuk mengelakkan bateri anda daripada merajuk. Ye, bateri merajuk susah nk pujuk.
Tidak Menggunakan Laptop dalam Masa yang Lama
Jika anda berniat untuk meninggalkan laptop buat masa yg lama (lebih dari tiga hari), tanggalkan bateri anda dari laptop dan pastikan bateri mempunyai kapasiti 40%-60% kuasa. Simpan bateri bawah pada suhu bilik ataupun simpan dalam refrigerator (Untuk pengabaian laptop lebih dari 1 bulan). Ye. Peti ais. Tapi pastikan dibalut dengan kain dan plastik untuk mengelakkan wap air menjahanamkan bateri anda. Tapi, jangan simpan dalam freezer pulak. Jika bateri ditinggalkan terpasang pada laptop buat masa yang lama, berkemungkinan bateri akan mengalami kebocoran/leakage dan mampu menjahanamkan circuit di dalam laptop. You don't want this to happen.
Saya rasa itu sahaja kot untuk penjagaan hayat bateri. Ada apa2 komen atau penambahan, sila tinggalkannya down below!! Sekian...
ASSALAMUALAIKUM!!
last updated by Amir Fikri, M09L : 03/09/11