Repost Pau Panas Declassified



Pau Panas Declassified.
  • Hanif- Sambutan yang pertama kali diadakan. Disebabkan perangai beliau yang agak “dajei”, ia mengundang ketidakpuashatian masyarakat setempat. Kira-kira jam 11 malam, ahli-ahli berkumpul di common room tingkat atas block c. Tepat jam 12 malam, bilik mangsa diserbu dari dua penjuru. Ketika serangan berlaku, mangsa sedang berbual di telefon bersama seroang rakannya.Lampu segera dipadamkan dan mangsa dihumban ke atas katil. Lalu, gajah-gajah yang naik minyak pun menerjah mangsa di atas katil tanpa belas kasihan. Akibat dari peristiwa ini, katil mangsa menjadi bengkok menyerupai huruf V. Selain itu, mangsa mengaku mengalami Repetitive Strain Injury akibat postur tidur yang tidak betul. Mangsa yang masih kebingungan berikrar untuk membalas dendam kepada semua yang bertanggungjawab.


  • Juraimy- Pertama kali acara seperti ini dipertonton di khayalak ramai.Ahli-ahli Malayan People Anti Juraimy Azhar (MPAJA) berkumpul dengan rasa tidak puas hati dan berang dengan tindakan beliau sebelum ini yang dianggap narci. Beliau diikat dengan rasa rendah hati dan “bangga”nya. Sebaik saja doa selamat siap dibaca. Acara memandikan jenazah pun berlangsung dengan gilang-gemilangnya.



  • Asyraf- Idea yang paling jahat sekali digunakan. Mangsa yang ketika itu terkenal dengan supercomputernya menjadi mangsa kezaliman rejim PPP. Lebih kurang jam 8, ketika mangsa keluar untuk solat maghrib berjemaah di surau, Hanif telah menculik CPU beliau dan mengurungnya di tempat khas. Apabila mangsa pulang, beliau berasa terkejut dengan kehilangan “isteri”nya. Namun, beliau sedar bahawa “setiap yang menyambut hari lahir, pasti akan merasai prank”. Malam yang dingin itu, mangsa diikat di tempat sembelihan. Segala rempah ratus telahpun disiapkan. Satu permainan telah direka, dimana mangsa perlu membaling dua dart dan mendapatkan 8 mata. Jika gagal, mangsa akan diberi hadiah istimewa.. Mangsa yang secara teknikalnya mendapat 8 mata dinafikan oleh pengadil Fakar yang katanya lontaran mangsa terkena palang. Maka, mangsa pun dilempar dgn pelbagai ramuan.


  • Abe- Pada jam 10 malam, beliau yang melawat krew-krew semasa persediaan sambutan kenduri tahlilnya berasa tenang untuk menghadapi suatu fenomena baru. Pada jam 11 malam, Juraimy dihantar untuk memastikan mangsa tidak boleh melepaskan diri. Namun, mangsa dengan redha dan qanaahnya berjanji tidak akan lari ke mana-mana. Selesai persiapan, mangsa dipanggil keluar bilik dan diarak ke tapak sembelihan. Iringan selawat “paringono” dinyanyikan beramai-ramai. Mangsa diikat seperti disalib memandangkan ilmu ikat tali JPAM masih penuh di dada. Roomate mangsa, Pali diberi penghormatan untuk memecah tanah. Namun, belon yang dilontar tidak pecah dan melantun. Sehinggakan krew-krew terpaksa membidik pada dinding dan mangsa hanya terkena tempias sahaja. Majlis berakhir dengan mangsa disuapkan sedikit makanan ..(tahnik)



  • Azzeem- Sumber perisikan mengatakan bahawa mangsa takut pada binatang-binatang eksotik seperti siput babi, katak dan sbgnya. Maka, pada malam itu skuad pencari bahan yang diketuai oleh Fazmy sempat mencari beberapa haiwan liar di sekitar blok b. Haiwan-haiwan itu disimpan dalam kotak bagi memastikan mereka tidak melancong ke mana-mana. Mangsa yang telah diikat ketat di kerusi pada mulanya tenang, namun setelah ditunjukkan isi kotak tersebut, mangsa tiba-tiba menjadi Incredible Huck hingga terputus tali yang diikat dan melompat lebih tinggi dari lompatan seekor katak.


  • Aizat- Menurut sumber perisikan Borneo International Atomic Referential Lame Agency (BIARLA), beliau dikatakan alah kepada kryptonite kuning (durian). Maka, pada malam itu, beliau ditenyeh dengan mengikut suka hati mak bapak dorang dengan durian. Mujurlah, mangsa masih lagi sedarkan diri dan sempat bergambar dengan pemberontak-pemberontak.



  • Imran- Prank yang agak brilliant bertemakan garam sebab orang tua mestilah banyak makan garam berbanding orang muda. Beliau diikat di belakang blok b dan ditenyeh dengan pelbagai ramuan. Pertama kali solution Dr.Fakar yang diberi nama air ketuban duyung digunakan bagi tujuan menguji kesan radioaktif prototype kepada mangsa. Selesai prank, mangsa membersihkan diri dan dijamu sekotak milo dan sebungkus nasi lemak kegemarannya. Jamuan yang seakan “baik” itu berlangsung di bilik B115. RUPA-RUPANYA, milo itu telah ditebuk dan isinya dikeluarkan. Sebaliknya digantikan dengan milo fuze yang saturated dengan garam. Mangsa yang kepedasan dek sambal, meminum air hikmat itu, lalu tersemburlah air itu di lantai. Misi Berjaya (Times Square).


  • Arsyad- Perancangan last minute, mangsa ditangkap dan diheret ke common room. Diburger sehingga cukup masak dan garing. Selepas itu, mangsa disepit pada bahagian depan. Mangsa yang meraung kesakitan dikatakan masih trauma dengan penyepit baju hingga hari ini.


  • Amir Rosli- Sehari sebelum kejadian, mangsa yang berikrar akan melarikan diri ke Semenanjung Gaza jika terancam berjaya ditangkap di bilik salah seorang pengikutnya. Kekantoian ini disebabkan mangsa lupa menyembunyikan seliparnya yang sudah dikenal pasti. Mangsa yang bertubuh kecil menyangkakan boleh bersembunyi dengan bersandar di dinding akhirnya tertewas juga. Ketika dihubungi ketika serbuan, mangsa dengan bangganya berkata “depa tak buleh tangkap aku punya”. Ketika diserbu, mangsa sedang mengulang kaji subjek biologi. Beliau diheret ke tempat penyembelihan dan disimbah dengan ramuan-ramuan biasa sambil mulutnya diplaster sebab banyak bunyi sangat(kata firdaus). Selesai simbahan, mangsa diusung sekali dengan kerusi ke tempat amik wudhu, dan di water boardingkan, tapi belum arwah la. Tiba-tiba kejutan oleh Hanif kamail yang mengeluarkan mobile shaver dari poketnya. Mangsa meraung-raung minta dilepaskan. “takmau-takmau, aku baru potong rambut, mak aku tak bagi potong”. Namun rambut yang sempat dipotong Cuma kira-kira 3 helai saja...kira tahallul la tu...


  • Alif Haiqal- Prank yang pertama dilakukan di luar kawasan asrama. Mangsa dibawa oleh Nadd untuk konon-konon surprise. Agaknya beliau menjangkakan ada orchestra menunggu kot.. sebaik saja blindfold beliau dibuka. Mangsa di“tepung tawar” dengan pelbagai bahan untuk membuang Ogbanje dan sial yang berada di tubuhnya. Lepas tu, mangsa tetibe dirasuk Agbala dan mengejar semua dajei2(hantu2) yang telah cuba membuang Ogbanje itu.. Upacara berakhir dengan menenteramkan semangat Ogbanje dengan menyuap kek.


  • Arnold- Mangsa pada awalnya bercadang untuk melarikan diri ke bilik anak usrah. Namun, menyedari kecekapan geng pau panas yang telah dibuktikan melalui rekod lampau. Beliau cuba menyembunyikan diri di biliknya yang dilanda tsunami. Setelah berminit-minit dipujuk, akhirnya beliau merelakan dirinya di “sembelih”, dan membuka pintu. Dan yang seterusnya tu, paham-paham je lah kan....


  • Oze – Prank yang paling bikin panas sekali... Mangsa melarikan diri dan menguncikan diri pada malam itu yang merupakan malam sebelum exam bio. Pegawai bertugas Leman(bukan nama sebenar) mencadangkan supaya bilik si Oje dibakar aje.. namun memikirkan roommate Oje, Nazwan yang juga berada di dalam cadangan itu ditolak. Pelbagai helah digunakan untuk mengeluarkan Oje yang maha degil itu, namun gagal.. maka, geng pau panas berikrar utk menghantam beliau sepuas hati lain kali...


    • Percubaan kedua Oje- Mangsa ditangkap tanpa gagal. Diikat di belakang blok B dengan eratnya.Solution yang direka khas diberi nama “air peluh unicorn” oleh Dr.Fakar yang masih prototype diuji buat pertama kali. Mangsa ditibai sesodap raso oleh geng-geng yang sememangnya telah lama bengkek dan tension.



  • Fazmy- Backstabbing yang pertama berlaku. Beliau ketika itu tengah sedap membantai si Oje yang sedang merintih keseronokan. Namun, beliau lupa bahawa pukul 12.00 tgh mlm itu jugak birthday beliau. First blood dilakukan oleh Mat Hanip yang mmg bdan dah mcm belacan pada ketika itu. Mangsa terkejut dan hanya bersyukur kerana masih dikurniakan umur yang panjang.


  • Firdaus- Rancangan peringkat awal adalah utk menyaiko mangsa dengan cara tidak memperdulikan beliau. Cara ini agak berjaya terutama bila Miss Bell pon tak igt birthday beliau..Namun, setelah Majlis tertinggi bermesyuarat, cara ini didapati terlampau kejam dan boleh menyebabkan mangsa terjun bangunan. Maka, satu upacara dirangka bagi menghormati Roh Si Firdaus.... Upacara berlangsung seperti kebiasaan walaupun sebenarnya pihak perancang dah tak tau nak boh solution apa di tambah dengan last minute planning... Maklumla, biasanya si Daus ni yang plan kat org, pastu dia lak yg kena...





  • Fakar- Prank ini berlaku pada bulan Ramadhan. Mangsa menyangkakan bahawa tiada setan-setan berkeliaran pada bulan posa ini. Namun sangkaan meleset jauh, lebih kurg jam 1 pagi... Mangsa yang baru sahaja keluar dari tandas ditangkap oleh Abe. Beliau diheret ke tempat penyembelihan dan diikat pada kerusi. Pelbagai solution termasuk kuah kacang basi disajikan sebagai moreh pada malam itu. Turut memeriahkan suasana, mercun dipasang oleh faiz kadir di bawah kerusi mangsa. Upacara berakhir dengan mangsa disuapkan sosej yang dicelup sos cili...(dajei punya abe, dah la aku xleh makan pedas)


  • Faqir- Sebenarnya cukup liat untuk mencari beliau. Apa yang sempat dilakukan kepada beliau adalah beliau diburger double special takmo pedas di atas meja dalam kelas.


  • Qassim- No text available.


  • Che Fat- Simple je... GDC beliau dirembat, namun diserahkan balik waktu lunch...


  • Eze- Prank berlaku pada waktu cuti. Maka alternative prank secara maya digunapakai buat pertama kali. Hampir kesemua geng-geng pau panas menukar profile picture mereka kepada gambar Super Ezz lepas makan angin.


  • Nadd, Nabila, Lilo & Dinie tak dapat dilaksanakan sebab pihak pengurusan telah mendapat amaran daripada Kementerian Wanita, Keluarga & Masyarakat supaya tidak mengamalkan keganasan rumah tangga terhadap wanita dan tidak melakukan sebarang aksi yang menyentuh sensitivity mana-mana pihak.


LAST WORDS DARI PENGARANG

SEKIAN, sekadar untuk memori kita bersama agar tidak melupakan ukhuwah yang telah kita jalinkan selama 2 tahun. Aku harap ke mana saja korg pergi, keep in touch kerana kita semua dah mcm saudara. Love you all!!!

SINCERELY,

FAKARUL AZIM FADZLI

5 Responses so far.

  1. Abe Am says:

    siyes tergelak... rase cam nak wat ag jer... qasim masih hutanggg...

  2. Unknown says:

    hahaha.. lawak. apsal Qasim tak letak? die yang paling lawak.

  3. ade ke lilo?...kiter buat ape kat dia?

  4. LOL, owh rindu nye la kat prank2 bernas nih! :)

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...